
Followers
Wednesday, 30 January 2013
Setia Hujung Nyawa.

Monday, 21 January 2013
JOZAN - A Friendship Story
Hai, korang, Hari nih aku just nak share this video.Terharu weh time zizan cakap Tak ada siapa pom yang bleh pisahkan kami 'Jozan'.
.Mcm nak nngis pom ada.Baik tersangat lha diorang.Kawan baik selamanya kan, Insyallah.Hope korang kekal kawan sampai bila-bila.Aku harap, aku pom akan ada kawan baik macam Zizan & Johan.Hopefully my dream will became true.Insyaallah, Friend Till Jannah.
Saturday, 19 January 2013
Maharaja Lawak Mega 2012.
Hi, korang mesti dah tau kan sapa pemenang MLM 2012?Yes, akhirnya Jozan aku jgk yg menang.Korang memang layak menang lha.Best sangat tengok korang buat lawak semalam.Hihi, aku happy tersangat lha semalam.Tp kan aku sdih tgk Zizan nngis, Pure kan airmata dia?Johan, waa tabik sama lu.Dia buat sujud syukur weh semalam.Tersangat lha terharu aku semalam dgn diorang.Apa-apa pun, Congratulation Jozan.Aku tetap akan sokong korang.Zizan, kau handsome lha semalam.Betul, tak tipu.Johan pom sama.Tp yang paling buat aku terharu, Johan sanggup weh naik atas stage demi nak buat show walaupun kaki dia still sakit.Time tuh memang happy lha aku.You Are The Best, Johan.Dan aku harap korang jadi kawan baik sampai mati.Korang tau tak semalam Zizan Kiss pipi Johan eh semalam?Ya Allah, Baik kan diorang?Aku tabik lha weh kat korang.Korang memang Kawan Baik sampai bila-bila.Okay lha, aku nak mengundur kan diri lha dulu weh.
Wednesday, 16 January 2013
Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Korang, korang.Pernah dgr tak tajuk novel 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' create by Acik Lana?Macam nama novel kat atas lha, naik kan sedikit scroll & mata anda ye.Daripada penulis Bestseller 'Aku Bukan Mistress, aku pom blum baca novel nih.Aku hanya baca novel 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna je, tp best kan novel tuh?Sweet sgt weh.Klau lha aku dapat Husband mcm gituh.Waa, best kan?Tersenyum lebar sampai ke tlinga kot.Haha, tp aku nak bljr dlu.Nk cpai cita-cita aku untuk jadi Lawyer.Jangan main-main tau, nnti kena saman.Berbalik kepada cerita aku tadi eh.Aku sebenarnya dah terbaca sinopsis dia kat belakang novel nih kat SMO, bru je nak bli.Tut tut, kawan aku kasi pinjam.Aku apalagi ambik novel nih terus baca.Thank sgt kepada kawan aku tuh, Appreciate sgt.Korang dah baca?Aku senyum sorang-sorang baca novel nih.Nama laki dalam novel nih Luqman, dan perempuan tuh nama Melina.Sama-sama Comel lha.Rugi korang tak baca.Haha, tp disebabkan novel lha aku kena mrh sbb x baca buku sekolah.Memanjang baca novel.Maklum lha, aku kan Pencinta Novel.Haha, Okay lha weh.Aku nak sambung baca novel nih dulu.Nanti dah kena hntr kat tuan punya novel.Tinggal sikit je lagi.Korang pom bleh lha usha novel nih.
Aku Miss, Korang.
Hey, sudah lama HasanahDahlan tidak mengupdatekan Entry, kan?Hihi, busy lha nak dikatakan.Berhabuk hbis Belog aku, kpada korang yg tlong tegok-tegok kan Belog aku nih Trimas ye.Appreciate sgt lha, dear.Rindunya Belog, rindu nak post entry & rindu korang semua.Btw, korang apa khabar?Shat?Aku Alhamdulillah, shat sgt.Masih sihat untuk log in belog & tegok belog yg tak seberapa comel nih 'bukan x seberapa comel tp mmng tak comel langsung, kan?Haha, comel lg belog org & tuan belog tgh yg baca entry nih.Haha, Okay lha korang.Aku pom x tau nak update apa lg.Maybe sbb dah lama kot tak update, otak pom dah berhabuk mcm Belog.
Friday, 11 January 2013
Secret Garden (Korean Drama)
Hey, dear.Bertemu lg kita, Alhamdulillah sbb di pnjgkan umur.Dan aku bleh post entri bnyk-bnyk kan?Haha.Btw, tu bukan topik yg nak aku smpaikan.Jgn marah k?Sebelum aku truskan cita aku, aku nak tnya korang dlu.Pernah tgk crita Secret Garden tak?Mcm tajuk kat atas lha.Dah pernah tgk?Sweet kan diorang, Sweet sgt-sgt lha.Okay, aku jelly.Haha, Hero pom handsome gak.Sama lha mcm Heroin nya, kan-kan?Memang best lha cita nih, aku dh bnyk kali weh tgk crita nih.Klau belum tgk tuh, usha-usha lha ye.Mana tau lha nnti korang pom jd sama mcm aku, kan?Haha, aku slalu snyum sorang klau tgk crita nih.Dah mcm org Sewel.Nama hero tuh ialah Kim Joo Woon, Heroin dia plak Gil Ra Im.Dan yg aku pling mnat skali dlm cita nih ialah Han Tae sun a.k.a Lee Jong Suk.OMG, handsome tersgt lha laki tuh.Walaupun dia Gay dlm cerita nih, aku ttap minat dia.Muka dia handsome sgt.Aku suka lha, haha.Jgn mrh eh pminat Lee Jong Suk, aku pom Fans dia.Hihi, Okay lha weh.Aku nak smbung tgk cita Secret Garden, Korang?Bila lg?Jgn lupa tgk eh, korang.
Thursday, 10 January 2013
Lee Dong Hae.
Hye-hye, kawan.Korang pernah dgr nama Lee Donghae tak?Laa, x pernah?Yang Handsome-Handsome tuh?Tgk gambar kat atas lha klau nk mengecam, hihi.Klau x kenal Confirm korang x mnat Kpop kan?Klau x kenal, meh aku kenalkan tp jgn lha smpai terjatuh cinta plak ye.Aku pnya nih, smua nya aku pnya.Wait, jgn mrh k?Haha, Dia ahli kumpulan Super Junior, dalam ramai-ramai aku pling suka dia sbb muka dia Comel.Macam Baby, Hihi.Almaklum lha, artis lelaki Korea kan smua nya handsome-handsome.Perempuan mna yg x Cair, beb?Cuba korang cakap kt aku?Yang tak mnat Korea tu lain plak cerita nya.Smpai kan yg laki pom ada mnat Korea.Fuh, mmng terer lha kan?Okay, berbalik kepada cerita aku.FullName dia Lee Dong Hae, Lahir pada Oktober 15, 1986, umur dia skrng sudah 27 'Masih Muda'.Walaupun umur dh 27, dia ttap Handsome kan?Nak tau lg?Korang tnya dlm komen nnti aku jwb ke?Skarang aku nk brhenti dlu.Buibui, hihi.
Oh My English.
Hey, comel.Korang pasti kenal dgn mamat kat atas tuh.Handsome kan?Okay, dia sy punya.Haha, arinih aku nak cita something kat korang.Tadi masa kat sekolah, sekolah aku ada buat program Oh My English.Pastu, aku ternampak seorang laki, rupa dia sbijik dgn Lee Jong Suk.Terkejut aku weh, tapi yg lainnya lelaki yg aku nampak ni org Cina.Tapi, mmng sma lha muka dia dgn gmbr kat atas.Mcm kmbar plak aku tgk.Handsome weh.Masa kat sklh td, aku happy sgt sbb laki tuh Senyum kt aku.Korang ada?Jgn jelly ye, korang.Nama laki yg aku nampak tuh Darren, first time tgk dh 'Cair'.Haha, muka dia dh mcm artis korea weh.Ramai sgt bdak kt sklh aku tergila-gilakan laki nih.Senyuman dia bleh buat org pengsan kot, Manis lha.Smpai aku trgila-gila kan lg tuh, mnat dia pom sbb muka dia handsome sgt.Baik plak tuh.X leh nk dinafikan lha.Klau korang tgk pom, msti cair lha 'bagi perempuan je lha'.Klau laki cair jgk x tau lha aku nk ckap apa.Darren, kenapa kau Handsome sgt?Kan dh ramai pminat tuh.Waa, Handsome weh.Hope dpat jmpa lg dgn Darren.Okay lha weh, klau aku cita bnyk-banyak nnti korang ska plak kt laki tuh.X bleh-bleh, bia aku sorang je yg suka dia.Haha, dan laki kat atas tuh aku Punya. :P
Wednesday, 9 January 2013
Cinta Cadburry Black Forest.

"Nah!" Zaf hulur Cadburry Black Forest.
Aku buat muka tak malu, ambil dan terus koyak kertas pembalut
ala-ala kemaruk mengidam dua bulan. Padahal baru tengah hari tadi aku jamah.
"Kau ni suka sangat benda alah ni, kenapa?" soal Zaf,
penuh tanda tanya. Aku senyum. Malas jawab. Tak indah dunia aku makan Cadburry
Black Forest sambil kusutkan kepala otak. Walaupun sebenarnya soalan dia sangat
kacang nak jawab. Tapi aku degil, tetap tak mahu jawab.
"Bak sikit." Minta dia. Aku geleng sambil sorokkan
coklat itu belakang badan. Sengaja aku busuk hati. Tapi aku memang kedekut nak
kongsi coklat kegemaran ini. Terasa tercarik hati dan sanubari aku. Okeh tak,
hyperbola sangat.
"Kau tahu, kalau ada orang datang rumah... maksud aku
rombongan meminang bawa satu lori Cadburry Black Forest mesti aku terima
lamaran dia. No
second thought!" Aku cakap dengan yakin. Siap genggam tangan
dengan mulut herot bengot. Tanda semangat. Aku syak mata aku bersinar-sinar,
macam cerita kartun dalam tivi.
Zaf ketuk kepala aku. Aku gosok-gosok tak puas hati. Berkerut
kening aku. Nasib kau tinggi kalau tak aku luku kau balik. Tapi macam biasa,
itu cuma monolog dalaman je.
"Pengaruh tivi betul.
Kau ni dah umur 25 tahun, tahu tak? Dah layak jadi mak orang" bebel dia,
seperti biasa.
Aku pekup telinga. Rimas aku nak dengar budak ini membebel.
Macam perempuan. Aku yang perempuan ni pun elok sopan senyap. Dia yang lebih.
Hisyh!
"Kau tak faham perasaan aku. Cuba kau rasa dulu, baru kau
faham" jawab aku ala-ala melodrama.
"Tak ada maknanya. Aku minta sikit pun kedekut" bidas
dia. Suka betul dia bidas-bidas cakap aku. Agaknya kalau sehari tak lawan cakap
aku tak senang hidup dia agaknya. Aku kasi jelingan tajam, biar tertikam hati
dia. Sampai mati. Padan muka.
"Kau pergi lah beli lain. Kalau kau tak suka, bagi
aku!" kening sebelah kiri bergerak turun naik ala-ala Ziana Zain.
Tiba-tiba aku rasa seksi pulak. Pernah tengok cerita Hindustan bila Cik Heroin
malu-malu kucing kena tangkap mencuri pandang pada Encik Hero. Ha, sebijik
macam itulah perasaan aku.
Kepala aku kena luku lagi. Aku jelir lidah, kutip-kutip sampah
dan buang. Selesai satu bar coklat. Perut rasa kenyang dan aku selamba berjalan
tinggalkan Zaf di situ. Geram kena sekeh tak hilang lagi. Saja aku buat-buat
tak tahu pada dia.
Tapi pelik pula dia hari ini. Selalunya tak ajak pun sibuk nak
ikut. Hari ini dah jelas depan mata aku tinggalkan dia, boleh jadi kayu lagi
tertunggu kat situ.
"Oi Zaf! Tak nak gerak ke?" akhirnya aku mengalah juga
panggil dia. Gila, siapa nak memandu kalau bukan dia.
Dari jauh, eh... sebenarnya tak adalah jauh sangat dalam 10
langkah lebih kurang jarak dia dengan aku, aku nampak dia bergerak ke arah aku
dengan pandangan lesu.
Lantak kau lah!
*****
"Alia, mama ada hal nak bincang dengan kamu. Kamu balik tak
hujung minggu ni?" soal mama. Ada perasaan pelik pulak yang bertandang
dalam hati aku. Apasal mama tak terus bagitahu apa yang nak dibincangkan?
Susah-susah pulak buat panggilan dan suruh balik. Tak macam mama langsung.
Tapi sebab aku ada ciri-ciri anak mama yang solehah dan selalu
mendahului kedua ibubapa, makanya aku tanpa banyak soal bersetuju nak balik
rumah. Alah, rumah-manis-rumah ataupun home-sweet-home, siapa
yang tak suka nak balikkan? Tambah pulak bila mama cakap nak belanja duit
tambang. Pasti mahu! Siapa yang tak mahu kan? Eh, ke ada? Errr...
Okeh, abaikan bahagian itu.
Tapi malam itu, aku betul-betul kusut. Sampai gatal kulit
kepala. Sampai kusut rambut aku garu. Aku pandang cermin nampak Pontianak Harum
Sundal Malam depan cermin. Cantik tapi menakutkan. Sila abaikan yang cantik
itu. Itu sekadar nak gembirakan hati dan perasaan. Lebih tepat perasan.
Aku layan baring atas tilam keras dan tak berapa empuk di rumah
sewa, tapi mata aku degil tak nak pejam.
Aku sendiri tak faham apa kena mengena perasaan perasan aku masa
depan cermin tadi dengan tak boleh tidur. Sebenarnya memang null. Tak ada kaitan
langsung. Yang mengusutkan kepala otak aku bila mama macam ada agenda
tersendiri suruh aku balik rumah hujung minggu ni.
Tak kan lah mama nak jadi mama tipikal dalam novel pulak? Klise,
tiba-tiba bagitahu ada orang datang rumah meminang. Oh la-la-la-la. Simpang
malaikat empat puluh empat.
Aku jentik dahi sendiri. Sakit. Lepas itu, aku senyum. Dah balik
dalam dunia realiti. Hujung minggu masih berbaki dua hari. Cerita lepas ini
belakang kira. Penting sekali malam ini aku kena tidur.
Tidur. Tidur. Tidur.
Aku cuba hipnotis diri sendiri. Akhirnya berjaya. Aku tahupun
sebab esoknya aku bangun lewat dan gelabah ke tempat kerja.
Ceh.
*****
Fuh! Lega. Rupa-rupanya mama nak bincang pasal buka kedai
pengantin. Lebih tepat mama nak jadi wedding
planner. Aku sebagai anak yang taat pastilah setuju. Tambah pula
mama memang minat dengan andaman pengantin. Tapi dalam hati aku tertanya-tanya
juga. Agaknya mama saja nak perli aku tak? Ye lah, umur anak dia dah masuk suku
abad tapi tak ada tanda-tanda langsung nak kahwin.
Entah-entah, demi mengubati hati mama terus buat keputusan nak
buka kedai pengantin. Eh, cut-cut!
Drama sangat. Tak mungkinlah mama jenis macam tu. Aku kena yakin
mama memang ikhlas nak buka kedai pengantin ini. Memang tak ada kaitan langsung
dengan aku yang tak ada gaya nak kahwin lagi. Lebih tepat, tak ada sinis-sinis
segala. Jangan paranoia. Aku muda lagi. Sempoi-sempoi sudah.
Yang pasti aku tahu, mama memang mama terbaik di dunia.
Kalau belum sampai masa, mama mesti tak akan paksa aku kahwin
awal. Aku yakin dan pasti. Dan aku tak sedar aku senyum sorang-sorang.
"Eh, Alia senyum pada siapa tu?" soal mama. Alamak!
Terkantoi pulak. Hisyh, aku jentik dahi sendiri. Mama gelengkan kepala tengok
telatah aku.
"Tak payah cover line jentik-jentik dahi. Mama tahu Alia
memang kuat berangan!"
Zass. Mama memang terer. Super terer. Mama memang ada mata ketiga
untuk melihat semua pasal aku. Tahniah mama. Tapi seboleh mungkin aku nak
sorokkan. Malulah kantoi.
"Ma, Alia mengantuklah. Tadi Alia mamai macam
ternampak-nampak putera raja. Dia eh baginda eh tuanku, eh... apa-apalah. Tapi
dia bawakan Alia coklat Cadburry Black Forest sepenuh kereta kuda. Kereta tu
bentuk labu, macam cerita Cinderella. Mestilah Alia senyum. Menawan hati dan
sanubari, tau."
"Ah, sudah. Budak ni mengarut pulak. Awak tu anak dara
bukan budak-budak lagi. Apa kena lah fikir macam budak-budak ni? Cuba belajar
jadi matang Alia" sanggah mama. Aku sengih kerang busuk. Tak baik melawan
cakap orang tua. Berdosa besar. Nanti masuk neraka, pesan nenek waktu dahulu
kala. Rasanya masa tu aku baru darjah tiga. Aku bentak-bentak mama sebab mama
tersilap belikan Cadburry Dairy Milk, bukan Cadburry Black Forest seperti
selalu.
Sampai sekarang aku ingat pesan nenek. Kuat kan ingatan aku? Oh,
abaikan. Aku dah terbiasa mempunyai perasaan terlebih. Jangan hiraukan, ya?
Jadi hujung minggu aku itu terisi dengan menyiapkan semua
dokumentasi berkaitan andaman dan pengantin. Mama minta pandangan aku. Katanya
aku muda maka mama lebih percaya selera aku. Kata mama lagi, aku
lebih faham kehendak bakal-bakal pengantin itu berdasarkan faktor usia. Lagipun
memang ikut logik bakal pelanggan mama nanti lebih ramai sebaya aku berbanding
mama kan?
Tiba-tiba aku tersentuh pula.
Bila pula giliran aku? Ah, kusut!
*****
Dah lama aku tak nampak Zaf. Selalunya ada je dia muncul
tiba-tiba.
Contohnya, ada satu hari aku baru balik dari ofis. Hari hujan
lebat tapi aku lupa bawa payung. Tiba-tiba dia muncul depan bangunan tempat
kerja aku dan jemput aku tumpang kereta dia. Ala-ala Perempuan Melayu Terakhir,
aku tolak pelawaan dia. Sudahnya dia temankan aku depan bangunan sampai hujan
berhenti.
Tapi jangan harap ada adegan romantik atau lovey-dovey.
Cerita aku bukan tema cintan-cintun-berapi-tapi-akhirnya-tak-kahwin.
Ini cerita hidup aku yang realistik. Mana ada drama. Drama itu tipu.
Aku dengan Zaf memang pantang jumpa. Mesti bergaduh. Macam
anjing dan kucing. Aku nak jadi kucing. Biar dia jadi anjing.Opppsss.
Aku jentik dahi sendiri. Apasal aku teringatkan Zaf pula ni?
Agaknya aku tertekan. Ye lah, biasanya bila aku tertekan je mesti Zaf ada tolong
ketuk kepala aku. Tak pun bidas cakap aku. Tak pun dengar aku maki-maki tepi
dia. Walaupun sebenarnya aku mengomel sorang-sorang dan dia tak dengar pun apa
yang aku makikan tu, dia cool je
jadi patung. Dan dia langsung tak kisah kalau aku buruk laku bentak-bentak
minta Cadburry Black Forest bila-bila aku suka.
Eh, aku tengah mendiskripsi tentang Zaf ke? Ah, abaikan. Aku
tengah tertekan sangat gamaknya. Abaikan, abaikan. Anggap aku tak pernah
bagitahu apa-apa.
Aku geledah laci cari coklat. Tak jumpa. Entah kenapa aku rasa
nak menangis.
"Doktor, saya tak gila! Jangan suntik saya ye?" rayu
aku. Aku nampak doktor lelaki dengan misai tebal bawa jarum besar nak suntik
aku. Ada helmet besi, aku syak itu yang nak kasi kejutan elektrik dekat kepala.
Doktor tu punya muka, mak aih! Gerun aku. Dah lah ada banyak jerawat batu.
Sesiapa, tolonglah aku. Aku nak coklat Cadburry Black Forest je. Zaf, aku nak
coklat!!!"
Dan, aku mimpi.
Kuss semangat. Aku gosok mata,
terpisat-pisat. Bila sedar aku sebenarnya tertidur, aku rasa gelabah tiba-tiba.
Aku pandang Aini yang tersenyum penuh makna. Aqif yang berhenti berjalan sambil
terkebil-kebil pandang aku. Dan Chong yang tergelak-gelak sendiri.
Aku ada cakap apa-apa ke masa tertidur tadi?
Seminit ofis jadi
sepi. Macam masa dihentikan. Semua terpaku. Sah, aku mamai lagi. Aku jentik
dahi kuat-kuat. Sakit!
Tiba-tiba kepala aku kena ketuk.
Cis, siapa pulak yang berani ketuk kepala aku ni? Ada juga yang
nak makan penampar Arab agaknya. Rusuh aku sendiri dalam hati. Sebab bengang
sangat, aku tepis tangan entah-makhluk-mana-tak-ada-adab yang
ketuk kepala aku tadi.
"Oi, garangnya!"
Zaf. Eh, hidup aku dah jadi drama ke? Apasal tiba-tiba watak Zaf
muncul ni?
Direktor, cut-cut!
Cepat.
*****
"Kau rindu aku ye?" Ah, apasal dia kasi
soalan berkadar selari terus tanpa belok pada aku ni. Apa aku nak
jawab? Gelabah, tapi kejap je.
"Jadi kau rasa aku rindu kau ke?" soal aku balik.
Soalan balas soalan. Cool.
Dia senyum. Tiba-tiba aku terperasan sesuatu. Dia ada lesung pipit, nampak
manis bila dia senyum.
"Kalau kau rindu aku, aku belanja kau Cadburry Black
Forest. Nak?" soal dia pulak.
"Kalau aku tak rindu kau, tak dapat Cadburry Black Forest
ke?" soal aku balik. Dia gelak. Gelak kali ini, lain macam. Dia gelak
sungguh-sungguh sampai meleleh air mata. Tak faham betul aku. Aku buat lawak
ke?
"Kau ni degil. Keras kepala. Apa susah sangat ke nak
mengaku rindu aku?" tanya dia lagi. Aku hilang soalan. Kepala aku kosong.
Mana semua perbendaharaan kata yang aku belajar selama ini? Apasal hilang
tiba-tiba.
Sepi. Tak ada soalan balas dari aku.
Dia baru nak buka mulut keluarkan suara, tiba-tiba aku
dapat ilham nak pangkah balik soalan dia tadi. Terus menyusup soalan
itu keluar dari mulut aku.
"Kau pergi mana?"
"Aku balik Johor." Ringkas dan padat jawapan dia. Aku
terus melompat. Aha, dia terkena jerat. Aku menang. Yes!
"Kau sedar tak tau dah kalah game? Belanja aku
kan?" soal aku lagi. Masih tak nak keluar dari permainan yang aku cipta.
Padahal aku yang main sorang-sorang. Dia bukan tahu pun.
Tapi aku tak sangka bila dia tepuk dahi sendiri. Muka dia macam
tak puas hati kalah game.
Kau nak satu coklat bar atau dua?" nampaknya dia kembali
dalam permainan. Aku senyum sinis. Peluang kedua. Tinggal satu nyawa andai kata
dia kalah lagi.
"Nak banyak boleh?" soal aku tamak. Sejujurnya aku
memang terbayangkan selori coklat bar kesukaan aku. Membayangkan itu sudah
cukup buat aku senyum sampai telinga.
"Kalau nak selori kena tunggu aku hantar rombongan
meminang. Kalau aku pergi pinang kau, kau terima?" soal dia pula. Tak
terjangka langsung. Hoi!
"Apa kata kau belanja aku dulu. Nanti aku fikir nak jawab
apa. Belanja aku tak?" soal aku lagi.
Dia angguk kepala. Bagus. Aku terus bangun, tarik tangan dia
cepat-cepat. Berat punggung betul. Tapi entah kenapa aku rasa adegan ini pelik.
Macam tak kena langsung dengan jiwa aku. Kenapa aku tarik-tarik tangan dia
pulak ni? Haram bersentuhan antara lelaki dengan perempuan. Ah, balik rumah
kena samak!
Terus aku lepas tangan dia tanpa signal.
Terjatuh dia. Aku pandang dia yang mengerut muka sambil buat
muka tak bersalah. Aku jalan laju-laju mendekati tempat parkir kereta. Aku
nampak dia berlari-lari anak mendapatkan aku sambil tersengeh-sengeh.
Menyampah!
Masuk je dalam kereta, dia hulurkan aku satu beg kertas. Ada
beberapa keping coklat bar Cadburry Black Forest di dalamnya. Rasa nak melompat
aku tengok hadiah yang tak di sangka itu.
"Ini sebab aku kalah pertarungan tadi."
Aku diam tak cakap apa-apa. Puas hati betul aku menang tadi.
Good job, girl!
Aku rasa naik panas muka aku, tapi aku kan macho. Apa hal hilang
waras sebab satu beg coklat bar? Belum satu lori lagi. Relex je. Tapi
senyum macam dah kena gam dekat muka aku. Aku tak boleh tak senyum sepanjang
hari itu. Esoknya, aku rasa mulut aku macam dah terkoyak sebab senyum.
Heh, kalau setiap hari dapat hadiah macam itu, kan indah!
Berangan.
Rasa bahagia datang entah dari mana tanpa sebarang undangan.
Ternganga mulut aku sampai ditegur mama. Zaf di halaman rumah
atas sebuah lori berhias. Ya, halaman rumah aku pagi ini jadi dataran pameran
kenderaan berhias. Macam ada majlis besar-besaran. Yang tambah pelik, Zaf di
atas lori tersebut sambil membaca surat khabar. Segak memang segak, tapi aku
segan. Serasa sebu darah naik ke muka.
Atas lori tersebut ada gerbang kecil, berbunga-bunga. Indah
hiasannya. Mawar merah dan putih. Di tengah-tengah ruang itu pula ada satu meja
kopi, lengkap dengan hidangan minum pagi. Zaf berkemeja putih lengan panjang,
berseluar slack dan bercermin mata hitam tersenyum manis melipat surat khabar.
Surat khabar itu diletakkan di bawah meja kopi.
Ada tangga untuk aku naik atas pelantar lori tersebut. Tapi aku
berdiri sahaja di muka pintu. Terkejut sampai tak mampu mahu bergerak.
Aku lihat Zaf menuruni tangga itu, mampir ke muka pintu. Jelas
di hadapan mata dia meminta izin dari mama untuk menjemput aku minum pagi di
atas lori berhias tersebut. Mama tersenyum memberi keizinan.
Sumpah! Aku termangu di situ tidak percaya. Mama pula ke dapur
meninggalkan kami. Aku membontoti Zaf ke atas pelantar lori. Ada rasa debar
dalam dada. Rasa mahu pecah.
“Selamat Hari Lahir, sayang.” Ucap dia.
Aku ternganga lagi. Mana dia tahu tarikh lahir aku? Alamak,
malu! Tiba-tiba aku rasa manis dalam mulut. Coklat. Zaf sumbatkan coklat
Cadburry Black Forest dalam mulut aku. Tuhan, kenapa debaran dalam dada terasa
sungguh kencang ni? Aku nak kena sakit jantung ke? Aduh.
Debaran ini aku tahu maknanya. Bahagia tahap pertama. Tuhan,
panjangkan hayat bahagia ini.
Dan sehari itu kami menyulam langkah pertama sebagai kekasih.
Coklat Cinta.
Gilakan coklat? Mahu belajar untuk membuat coklat paling lazat buat yang teristimewa? Chocolaterie’s Lounge adalah tempatnya!!
Terkebil-kebil mataku membaca pamphlet yang baru sahaja aku temui di atas jalan yang kulalui tadi. Dan perlahan aku menelan air liurku. Gambar sebiji coklat yang berbentuk hati itu kelihatan seperti sangat comel dan sangat lazat. Serius! Itu adalah coklat paling menarik pernah aku nampak selama aku menjadi penggemar fanatik coklat.
Okey, ini tidak boleh jadi. Aku harus…tidak! Aku WAJIB belajar macam mana untuk membuat coklat ini. Aku mesti dapatkan rahsia di sebalik coklat itu yang seperti memanggil-manggilku untuk aku jamahnya, untuk aku masukkannya ke dalam mulut…dan kemudian menikmati saat-saat ia cair di dalam mulutku. Oh, heaven!!
Pamphlet di tangan kugenggam erat-erat seraya melajukan langkah ke arah Chocolaterie’s Loungeyang gagah tersergam di hadapanku. Sebaik sahaja tiba di muka pintu, pantas sahaja tanganku menolaknya. Bunyi loceng bergema perlahan namun langsung tidak aku hiraukan.
Pandangan mataku tertancap pada belakang seorang lelaki yang kelihatan seperti sedang memasukkan sesuatu ke dalam beg. Seketika kemudian lelaki itu berpaling. Dan saat itu juga aku tergamam.
Lelaki itu….lelaki itu…seperti coklat! Oh..tidak! Tidak!! Maksudku…dia punya bau coklat yang kuat. Seakan-akan bau coklat itu dihasilkan dari tubuhnya. Dan aku….aku gemar bau itu.
‘Isy, apa kamu fikir ni, Hanis? Merepek betul! Mana ada orang keluarkan bau coklat.’
“Yes??” soal lelaki itu dengan kening yang sedikit terangkat.
Aku tersentak sejenak sebelum aku cepat-cepat menghulurkan pamphlet yang sedari tadi berada di tanganku. “Saya nak join kelas ni.”
Lelaki itu mengerling sekilas pada pamphlet tersebut sebelum akhirnya menjawab dengan tegas. “Kelas ni dah ditutup. I’m not teaching anymore.”
Terkelip-kelip mataku cuba menganalisa kata-katanya tadi.
“Huh?”
Lelaki itu tersenyum kecil seraya mengambil pamphlet dari tanganku dan meletakkannya di meja yang berhampiran. “Saya takkan mengajar lagi.”
“Mana boleh!” Tanpa sedar aku terjerit. Sedikit tersentak lelaki itu dengan tindakan luar kawalanku.
Spontan aku menggigit bibir. Ingin sahaja aku mengetuk kepala sendiri. Okey, kamu…Cik Hanis Nadiah, tolong behave sikit, boleh tak?
“Saya minta maaf, cik. Tapi…kelas ni memang dah ditutup,” ujar lelaki itu setelah beberapa saat kelihatan terperanjat dengan perangai anehku yang enak-enak sahaja menjerit begitu tadi.
“Tapi, kat dalam pamphlet ni tak ada pun tulis, kelas dah ditutup..” bidasku kembali dengan nada yang sedikit berbaur tidak puas hati.
Lelaki itu tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Sedang mentertawakan aku dalam diam, mungkin. Tapi, aku tidak peduli. Yang penting sekarang adalah coklat itu. Ya, coklat yang yummyitu…
“Memang, tapi saya ada hal penting yang perlu diuruskan. So kelas terpaksa ditutup dan sekarang cik boleh keluar.” Lelaki itu membalas seraya memalingkan tubuh.
“Jangan! Encik tak boleh pergi!!” Tanpa sedar, sekali lagi aku terjerit.
Lelaki itu terkaku seketika sebelum menoleh dengan wajah yang kelihatan sedikit aneh. Seperti nakal! Pantas aku mengerutkan dahi. Lelaki ini kenapa?
“Cik nak saya tanggalkan baju kat sini ke?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Errk?? Apa jenis soalan ni? Apa kena-mengena kelas nak buat coklat dengan tanggalkan baju? Lelaki ini…lelaki ini penjahat, ke? Oh, tidak!!!
“Errr, encik kenapa…kenapa tanya macam tu?” tanyaku, takut-takut.
Meletus ketawa kecil lelaki itu. Kemudian dia menghalakan bebola matanya ke bawah. Aku turut sama mengikut pergerakan matanya. Dan…
“Oh, mak!” Aku terjerit lagi. Tanganku elok sahaja memegang hujung baju kemejanya. Seakan-akan menariknya agar tidak boleh meninggalkanku. Serta-merta aku melepaskan tangan dan mengangkat kedua-dua tangan itu ke atas, penuh dengan lagak seorang pesalah yang baru sahaja disergah polis.
“Err…err..sorry.” Dengan pipi yang kurasakan seakan membahang, aku memohon maaf. Ya Allah, malunya!
Tanpa disangka-sangka lelaki itu tiba-tiba sahaja memusing tubuhnya dan menapak mendekatiku. Sedikit demi sedikit dengan wajah bersahaja yang kelihatan aneh lagi pelik. Aku apalagi? Terus sahaja berundur ke belakang dan akhirnya melekat di kaunter. Tiada tempat lagi untuk lari.
Lelaki itu pula semakin mendekati dan tiba-tiba meletakkan tangannya di sebelah kiri dan kanan kaunter, memerangkap aku dengan tubuh tegapnya.
“Err…encik…encik…” Tersekat-sekat suara yang keluar daripada kerongkongku.
Lelaki itu menundukkan kepalanya sedikit dan bersuara perlahan.
“Marry me.”
Membuntang mataku. Dia…dia baru sahaja mengajakku kahwin? Ehhhhhh???
“Huh?” Dan hanya itu sahaja yang mampu kututurkan. Sungguh! Aku terkejut!
Terbit senyuman nakal di bibir lelaki itu.
“Marry me and I’ll teach you how to make chocolate.”
Terkebil-kebil mataku menatap wajah lelaki itu. Kahwin…coklat…coklat…kahwin… Eh, mamat ni ingat aku dah terlampau terdesak sangat ke sampai sanggup kahwin dengan dia semata-mata kerana coklat?
Tanpa sedar, laju sahaja tanganku menolak tubuh lelaki itu. Sedikit tersorong ke belakang lelaki itu dengan tindakan luar dugaanku.
“Encik ingat saya ni apa? Saya bukan gila nak kahwin dengan encik sebab macam tu. Saya bukannya kenal encik pun!” marahku penuh kegeraman.
Lelaki itu mengjungkit bahu.
“Well, it’s just a suggestion. Macam saya cakap tadi, saya kena uruskan hal penting. And that perkara penting adalah hal kahwin saya. Parents saya nak saya kahwin sebelum umur saya genap tiga puluh tahun, which means lagi sebulan. And the problem is…saya tak ada calon isteri pun. Tadi saya ingat nak balik kampung untuk pujuk parents saya. Tapi now, you’re here. So maybeperkahwinan ni boleh diteruskan.” Panjang lebar penjelasannya. Sungguh bersahaja.
Melihat betapa selambanya dia menuturkan kata, dapat aku rasakan perasaan geram yang semakin membuak-buak dalam diri. Dia ni ingat aku ni apa? Perempuan tak ada maruah yang boleh diajak kahwin kerana alasan yang remeh macam tu? Memang nak kena pelangkung betul mamat ni!
“But of course, itu bukan kahwin kontrak ke kahwin olok-olok ke. It’s a real marriage. Sebab mungkin…” Kata-katanya terhenti saat dia menghalakan pandangan tepat ke arahku, dengan pandangan yang sukar kumengertikan.
“Cik adalah jodoh yang Allah hantar pada saya.”
Aku terkedu. Terpana. Terkesima. Tubuhku terasa keras tiba-tiba. Hilang sudah perasaan geram dan marahku padanya tadi. Yang tersisa kini cuma perasaan tergamam yang terlampau. Dan juga…perasaan segan yang tiba-tiba menggebu dalam diri. Aduh, apa dah jadi ni?
Aku tersengih dan kemudian pura-pura ketawa. “Hahaha…Encik ni…janganlah buat lawak macam ni.”
“Siapa cakap saya buat lawak?” Lelaki itu membidas kembali. “Saya selalu percaya pada jodoh. Saya yakin bila tiba masanya, Allah akan hadirkan seseorang untuk jadi teman saya, isteri saya. Sekarang waktu saya tengah buntu tentang soal perkahwinan ni, cik muncul depan mata saya. So, yeah…maybe you’re the one for me.”
Yakin sekali lelaki itu berkata-kata. Seakan tiada langsung riak ragu-ragu. Aku menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat. Apa semua ni? Aku tahulah aku ni single and available lagi, aku pun percayakan pada jodoh…tapi, takkanlah macam ni caranya aku jumpa jodoh aku? Dengan orang yang aku langsung tak kenal?
“Tapi..tapi saya tak kenal encik, encik pun tak kenal saya.” Aku akhirnya menjawab, seakan memberikan alasan agar dia menarik balik kata-katanya tadi.
Lelaki itu tersenyum tiba-tiba. “Waktu parents saya kahwin pun, diorang tak kenal diri masing-masing. Lagipun, lepas kahwin kan…kita boleh berkenalan lebih lanjut. Saya akan cuba mengenali isteri saya, dan cik boleh cuba mengenali suami cik.”
Lidahku kelu tanpa kata. Aku…isteri dia? Dan dia…suami aku? Ala, lembut sungguh nada dia berbicara. Aku pula yang terasa berdebar tiba-tiba.
“So, my future wife…apa nama awak?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Aku tergamam buat seketika. Dan entah kenapa laju pula lidahku menjawab. “Hanis Nadiah.”
Terbit senyuman di bibir bakal suamiku…errk, alamak..kenapa aku boleh mengaku dia bakal suamiku?
“And your future husband is…Alif Rifqi.”
*****
Okey, aku memang tidak betul. Aku kena masukkan diriku dalam Hospital Tanjung Rambutan, atau tak pun…Hospital Tampoi. Macam mana aku boleh bersetuju dengan keputusan lelaki itu…Alif Rifqi?
Ya, aku…Hanis Nadiah baru sahaja menerima pinangan Rifqi. Tadi sewaktu ibu bapanya tiba ke rumah dan kemudian meminang bunga di taman iaitu aku, bersahaja sungguh aku bersetuju untuk menerima lelaki itu saat abah dan umi menyoal.
Dan yang lagi haru…perkahwinan kami akan diadakan dua minggu lagi, serentak dengan ulang tahun Rifqi yang ke tiga puluh. Apa aku buat ni?? Aku cuma nak belajar macam mana nak buat coklat paling sedap…kenapa pula boleh sampai ke tahap kahwin ni?
Umi, tolong Hanis, umi!!!
“Hanis, kenapa tak dijawab telefon tu?” Tiba-tiba suara umi hinggap di telinga.
Pantas aku menoleh ke arah umi yang tercegat di hadapan muka pintu. Umi dengar aku panggil dia ke tadi? Wah, hebatlah umi boleh dengar panggilan hati aku.
“Ya Allah, budak ni…kenapa duk terkebil-kebil lagi tu? Takkan tak dengar bunyi telefon kamu tu?” tempelak umi tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya.
Segera aku mengalihkan pandangan ke arah telefon bimbit yang elok terletak di atas meja solek. Yang sedang riang mengalunkan ringtone ‘All the love in the world’ nyanyian The Corrs. Aku tersengih pada umi sebelum cepat-cepat mengambil telefon itu.
Melalui hujung mata, dapat kulihat umi yang menggelengkan kepala sebelum berlalu pergi. Pasti dia merasakan anak daranya yang seorang ini sudah terserlah tahap tidak betulnya.
“Helo,” ujarku pada si pemanggil. Tidak bersemangat langsung.
“Helo, sayang…”
Oh, mak! Siapa pula yang bersayang-sayang dengan aku ni?
“Siapa sayang awak?” marahku. Geram!
Jelas kedengaran bunyi ketawa lelaki di sebelah sana. Apa mamat ni gelak-gelak pula? Dia pun sama macam aku? Sudah tidak betul? Putus urat kat otak? Gila?
“Sayang ni…takkanlah dah lupa saya kut. Tadi baru je jumpa parents saya,” jawab lelaki itu di sebalik sisa tawanya.
Aku mengerutkan dahi. Jumpa parents dia? Aku cuma jumpa…Ya Allah! Rifqi! Dia ni Rifqi.
“Err..Rifqi…” balasku perlahan. Tangan kiriku sudah mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Haaa, tahu pun! Kenal pun bakal suami sendiri, kan?” sergah Rifqi dalam nada bergurau.
Spontan aku memuncungkan bibir. Dia ni pun…agak-agaklah, takkanlah aku tak kenal bakal suami sendiri kut. Walaupun bakal suami itu bukanlah lelaki yang sangat kukenali, apatah lagi kucintai. Hmmm…mampu ke aku jatuh cinta dengan dia ni nanti?
Pantas aku mengetuk kepala. Apa yang aku fikir ni? Cinta? Rifqi sendiri pun tidak pernah bercakap pasal cinta, kenapa pula aku yang fikir lebih-lebih?
“Hanis…” panggilnya tiba-tiba. Lembut.
“Hmm..” jawabku, sekadar berbasi-basi.
“Thanks, tau.”
Dahiku membentuk kerutan lagi. “Untuk apa?”
Terdengar di hujung telingaku helaan nafas Rifqi. Lelaki ini kenapa? Seperti tiba-tiba sahaja serius dan bermasalah? Isy, risau aku!
“Sebab sudi terima pinangan parents saya tadi.”
Aku tergelak kecil. Rifqi…Rifqi, sudah saya janji dengan awak, apa yang dirisaukan lagi? Ya, memang apa yang jadi antara kami sangatlah pelik bin ajaib dan aku sendiri pun sudah merasakan yang aku ini gila, tetapi aku bukan jenis manusia yang akan memungkiri janji sesuka hati saja.
“Kenapa awak gelak? Saya serius ni,” ucap Rifqi, sedikit menempelak. Nampak sangat tidak berpuas hati denganku. Isy, bakal suamiku ini kuat merajuk juga rupa-rupanya.
“Awak ni…kan saya dah janji dengan awak yang saya akan setuju? Kenapa? Awak ingat saya ubah fikiran, ke?” balasku bersahaja.
“Well…awak kan setuju nak kahwin dengan saya sebab kelas coklat tu? Manalah saya tahu, kalau-kalau awak jumpa chocolaterie lain yang boleh ajar awak.”
Aku terdiam. Entah kenapa, nada suara Rifqi kedengaran jauh sekali. Seakan menyimpan suatu rasa dalam suara itu. Perlahan aku menghela nafas. Otakku ligat memikirkan jawapan yang sepatutnya aku berikan. Jawapan yang boleh menyenangkan hatinya.
Okey, kenapa aku boleh fikir pasal hati dia pula ni? Tadi cinta…sekarang hati? Apa dah jadi pada aku ni???
“Hanis, awak dengar tak ni?”
Tersentak aku mendengarkan suaranya yang sedikit kuat. Isy, tak reti-reti nak sabar ke cik abang oi? Saya tengah fikir macam mana nak senangkan hati awak ni.
“Rifqi, pasal kelas tu…memang betul. Saya setuju sebab saya nak belajar buat coklat daripada awak. Tapi…”
Kata-kataku terhenti. Tapi apa, ya? Kenapa aku boleh selamba saja bersetuju dengan kerja gila ni?
“Tapi apa, Hanis?”
“Tapi…err, tapi…maybe betul kut saya ni untuk awak!”
Fuh, terjawab juga akhirnya. Tapi…apa aku jawab tadi? Saya untuk awak? I’m meant for you? Oh, my...malu kot!!!
Rifqi tertawa. Riang sekali. Sukalah tu sebab aku dah terlepas cakap macam tu.
“Awak tahu, Hanis…bila kita dah kahwin nanti, saya akan ajar awak buat sejenis coklat palingspecial.” Rifqi bersuara setelah tawanya mati.
“Coklat apa?” soalku penuh dengan perasaan teruja. Oh, akulah peminat fanatik coklat nombor satu di dunia ni!
“Coklat…cinta,” bisik Rifqi perlahan dan penuh kelembutan sebelum dia tiba-tiba sahaja mematikan telefon.
Mataku membuntang. Tubuhku pula seperti kaku. Rifqi cakap apa tadi. Coklat…cinta?
*****
“Rapat lagi..rapat lagi..”
Spontan aku menjeling ke arah jurugambar yang sedang menggerak-gerakkan tangannya sambil mulut terkumat-kamit meminta aku dan Rifqi lebih rapat. Dia ni kan…nak rapat macam mana lagi? Aku dah dekat sangat dengan lelaki di sebelahku ini.
Tiba-tiba aku dapat merasakan tangan Rifqi yang melekat di pinggangku. Pantas aku menoleh ke arahnya dengan mata yang sedikit membulat. Lelaki itu hanya tersengih, mengangkat kening dan kemudian…
“Oh, mak!” Aku terjerit saat dia selamba sahaja menarik pinggangku ke arahnya. Sedar-sedar sahaja wajahku sudah pun tersembam ke arah dadanya. Aduh, sakitnya kepala aku!
Pantas aku mengangkat wajah dan…alamak, dia tengah tenung aku. Perlahan aku menelan air liur. Dadaku mula berkocak hebat. Oh, wahai jantung…tolonglah jangan jadi macam ni.
“Wah, bagus-bagus…macam nilah yang kita nak. Okey, stay macam tu…” Suara jurugambar tadi tiba-tiba singgah di hujung telinga.
Cepat-cepat aku cuba menjarakkan tubuh. Malu!
“Shhh…jangan bergerak. Kan abang tu baru je pesan?” bisik Rifqi tiba-tiba. Senyuman lebar tersungging di bibir nipisnya.
“Tapi…”
“Hanis sayang…jangan bergerak, okey?” tegas Rifqi sekali lagi. Matanya merenungku dengan pandangan yang sungguh lunak. Alahai, ini yang aku lemah ni…janganlah tengok saya macam tu, Encik Alif Rifqi oi…
“Yalah..yalah, saya duk diam-diam. Saya ikut cakap abang photographer,” ucapku akhirnya.
Makin lebar senyuman Rifqi.
“Good girl…Puan Hanis…”
Aku menjeling ke arah Rifqi dan kemudian, tanpa dapat ditahan-tahan bibirku menguntum senyuman. Ya, dia sudah sah sebagai suamiku.
“Okey, stay macam tu….”
Klik!
*****
“Okey, kacau perlahan-lahan…”
Aku mengerling ke bahu kananku. Elok sahaja dagu Rifqi mendarat di situ. Tangan kirinya kemas memeluk pinggangku dari belakang. Tangan kanannya pula enak-enak sahaja memegang tanganku yang sedang mengacau coklat di dalam periuk. Eh, suami aku seorang ni…macam mana aku nak masak coklat ni kalau dia asyik menempel macam ni?
“Rifqi…”
“Abang.”
Memuncung bibirku mendengar kata-katanya tadi. Dia ni tak habis-habis cuba mengajar aku memanggilnya ‘abang’. Sejak hari pertama kami berkahwin. Tetapi mulutku ini susah benar untuk membiasakan diri dengan panggilan itu. Nak buat macam mana, kan? Kami berkahwin ni pun sudah ala-ala express aje. Manalah mudah untuk aku terbiasa dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan dan suami, bukan?
“La, dia menyudu pulak dah. Tengok mulut tu…isy, ada pulak yang kena kiss tengah-tengah dapur ni.” Selamba Rifqi bersuara. Wajahnya ditoleh sedikit ke arah mukaku yang hanya beberapa inci jauhnya daripada mukanya sendiri.
Spontan aku menggoyangkan bahu kanan. Terangkat dagu Rifqi dengan tindakanku itu.
“Aduh, sakitlah dagu abang!” Rifqi mengaduh, sedikit kuat.
Aku tersenyum puas sambil menayangkan riak selamba.
“Siapa suruh cakap macam tu? Kan dah kena penangan padu saya.” Aku membalas, masih dengan riak berpuas hati. Haha, padan muka awak, Rifqi!
“Hanis. Bukan ‘saya’ tapi ‘Hanis’, okey?” jawab Rifqi. Nada suaranya kedengaran sedikit tegas.
Aku mengerling sekilas ke arah Rifqi yang masih lagi menggosok dagunya. Isy, kasihan pula dengan suamiku yang seorang ini. Perlahan aku melepaskan senduk di tangan dan berpaling. Kepalaku didongakkan sedikit, mahu menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat tangan kanan dan menyentuh dagu itu, mengusap dengan penuh kelembutan.
“Sakit lagi ke?” soalku perlahan.
Rifqi membatu. Hanya hujung matanya yang mengerling ke arahku. Aku mengeluh dalam hati. Alahai, sudah…merajuk pulak dah orang tua seorang ni. Sabar jelah aku dengan perangai dia ni.
“Yalah, yalah…Hanis…abang, okey?” pujukku, lembut. Kali ini tanganku mula mengusap-ngusap pipinya. Mahu memujuk suami yang sedang memendam rasa.
Tanpa disangka-sangka, Rifqi menarik tanganku dan menggenggamnya erat. Sedikit demi sedikit bibir nipisnya menguntum senyuman. Hatiku mula bersorak gembira. Yesss!! Berjaya!! Senang sungguh memujuk dia.
“Coklat kat belakang tu, sayang…” Rifiq bersuara tiba-tiba.
Erkk, coklat aku!! Serta-merta aku berpaling. Fuh..nasib baik tak hangus. Kalau tak, mahunya aku makin hati berulam jantung berminggu-minggu. Yalah, ini dahlah kali pertama aku buat coklat aku sendiri. Dah tu, aku nak bagi pada Rifqi pulak tu sebab aku…aku…sayangkan dia?
Gulp, aku menelan air liur sendiri. Aku sayangkan dia, ke? Cintakan dia, ke? Entahlah, aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu, dia suami aku yang sah. Dan aku dengan relanya sudah pun berserah padanya, atas rasa tanggungjawab seorang isteri.
“Hmm, nasib baik tak jadi apa-apa. Sayang ni pun, tahulah abang kacak, bergaya, macho…”
Aku mencebik saat mendengar setiap patah kata suamiku yang masih enak menempel di belakangku. Perasan sungguh dia!
“Sebab tulah Hanis asyik sangat tengok muka abang ni, sampaikan boleh lupa…”
Alahai, bila dia nak berhenti masuk bakul angkat sendiri ni? Ingin sekali aku tolak dia jauh-jauh dan biarkan aku seorang kat dapur ni. Tapi, dia cikgu aku…kalau bukan dia yang mengajar aku, macam mana aku nak buat coklat paling best ni?
“Awa..err..abang, dah…jangan perasan lagi. Cuba tengok coklat ni, dah okey ke tak?” sampukku selamba. Kalau aku tak buat macam tu, alamatnya sampai ke bila-bila pun aku terpaksa menadah telinga mendengar semua itu.
Muncul kepala Rifqi dari belakangku. Dan dengan lagak serius, dia mengacau coklat di dalam periuk.
“Hmmm, dah cukup likat. Now, masukkan dalam bekas ni dan lepas tu tunggu sejuk.” Sedikit tegas, dia mengarahku.
Mendengar nada suaranya yang tegas, disertakan pula dengan wajah seriusnya, aku pula yang bengkak dalam hati. Ala, tak maulah suami strict macam tu, nak yang mengada-ngada tu, yang manja, yang suka merajuk tu…
Isy, apa aku fikir ni? Sempat pula fikir macam-macam!
“Okay, done!” ujarku sedikit kuat. Teruja sangat bila melihat hasil kerja kerasku sudah hampir siap. Bukan senang rupanya nak buat coklat sendiri. Nasib baik aku kahwin dengan chocolaterie, tak payah susah-susah buat sendiri, buka mulut je…terus dapat coklat sedap! Coklat buatan Rifqi pula tu!
Rifqi tertawa kecil. Ketawakan akulah tu. Nampak sangat kut!
“Memang fanatik dengan coklat, ya?” bisiknya perlahan di hujung telinga.
Aku menjeling dan dengan selamba aku menjawab. “Taklah, Hanis minat chocolaterie kat sebelah ni. Tapi dia suka kacau Hanis, dia suka merajuk, dia suka buat Hanis pujuk dia…”
Dan makin kuat pula suamiku meledakkan tawa.
*****
“Ala, nape Hanis punya coklat tak sedap macam coklat abang?” Jauh nada suaraku. Serius sedih sebab coklat aku tidak sesedap coklat Rifqi.
Lebar senyuman di bibir suamiku. Isy, dia ni tak sensitif langsug. Orang tengah sedih, boleh pula dia senyum-senyum macam tu? Sudah tidak betulkah, suamiku sayang??
“Hmm…maybe sebab abang lebih sayangkan Hanis, daripada Hanis sayangkan abang? Sebab tu coklat abang untuk Hanis lebih sedap daripada coklat Hanis untuk abang.” Masih dengan senyuman yang tersungging di bibir, Rifqi menjawab.
Tersirap darah panas ke wajahku. Dan serta-merta juga perasaan tersinggung muncul dalam hati. Aku tahu dia bergurau..tetapi entah kenapa, terasa sungguh hatiku dengan kata-katanya itu. Ya, walaupun aku sendiri kurang pasti akan perasaanku padanya, namun aku yakin akan satu perkara. Rifqi ada di hatiku.
Jadi kenapa dia mesti mengatakan sayang aku padanya sedikit berbanding sayangnya padaku? Lagi satu, dia sendiri pun tidak pernah mengatakan sayang…jauh sekali cinta padaku.
“Hei, kenapa senyap tiba-tiba ni?” soal Rifqi tiba-tiba. Bahuku dicuit sedikit.
Aku hanya mendiamkan diri. Mesti wajahku saat ini mencuka masam mengalahkan mangga hijau. Tapi, aku tidak peduli. Aku memang tengah sedih…tengah terasa dengan Rifqi!
Rifqi memegang kedua bahuku sebelum menarikku agar berhadapan dengannya. Lembut dia mengangkat daguku, memaksa aku untuk menentang pandangan matanya. Aku hanya mengikut tanpa reaksi.
“Hanis terasa dengan abang ke?” Lembut dia menyoal. Matanya merenungku lembut dan lunak.
Aku memuncungkan mulut.
“Abang ni…nape cakap sayang Hanis kurang? Tak banyak?”
Terlepas ketawa kecil Rifqi.
“So, Hanis sayangkan abanglah ni?”
Spontan aku menampar lengannya. “Tanya lagi!”
“La..dah orang tu tak pernah cakap, abang tanyalah.” Rifiq membalas.
“Eleh, abang pun sama...tak pernah cakap pun,” bidasku kembali. Yalah, betul apa…dia memang tak pernah pun nak meluahkan perasaan ke apa. Dia tak tahu ke aku ni perempuan, isteri dia pula tu…aku pun nak juga dengar kata-kata jiwang, kata-kata manis dari mulut dia.
Rifqi tertawa lagi.
Aku mencebik. Isy, dia ni kan…kenapalah suka sangat ketawakan aku saat aku marah-marah macam ni?
“Siapa bilang abang tak pernah cakap?” soalnya lembut.
Aku mengerutkan dahi. Eh, memang Rifqi tak pernah cakap dia sayangkan aku. Kalau pernah,confirm aku ingat. Melekat terus dalam otak.
“Tak ingat, ek?” tanyanya lagi. Hujung hidungku dicuit.
“Memang pun. Abang mana pernah cakap.” Aku menjawab, sedikit kuat dengan nada tidak puas hati.
“Isy, sayang ni…nak kata dah tua, memang taklah. Tapi, macam mana boleh lupa ni? Kena short-term memory loss, ya?” usik Rifqi lagi. Tidak terkesan langung dengan tingkahku yang mula kegeraman.
“Abang ni!” Aku terjerit. Geram! Isy, sabar jelah aku dengan dia ni.
Rifqi ketawa lagi sebelum tiba-tiba meraih aku ke dalam rangkulannya.
“Coklat…cinta. Tak ingat ke, sayang?” Lembut dia berbisik di hujung telingaku.
Aku tergamam dalam pelukan hangatnya. Coklat cinta? Macam pernah dengar je. Itu…yalah, malam tu! Malam lepas aku terima pinangan dia. Malam dia tiba-tiba mematikan telefon macam tu aje.
“Hanis tahu tak..betapa malunya abang lepas cakap tu? Sebab tulah abang hang up macam tu aje. Mulut abang ni pun…kenapalah boleh terlepas cakap?”
Melebar senyuman di bibirku. Aish, sweet pulak suamiku seorang ini. Ingatkan tak romantik langsung.
“Oh, terlepas cakap ek? So, abang tak betul-betul maksudkan kata-kata abang tu?” soalku dengan nada yang dibuat-buat merajuk. Sengaja mahu mengusiknya. Itulah, siapa suruh usik aku sangat?
Rifqi tiba-tiba sahaja meleraikan pelukan dan menolak bahuku, sedikit menjauhi tubuhnya.
“Siapa cakap? Hanis jangan berani nak cakap macam tu.” Tegas sekali Rifqi menuturkan kata. Matanya tajam merenungku.
Gulp! Alamak, Rifqi macam marahlah.
“Err…Hanis..Hanis…”
“Hanis tahu tak, apa yang abang cakap tu betul-betul datang dari hati abang? Maybe Hanis susah nak percaya, tapi..abang memang…memang…” Kata-kata Rifqi terhenti tiba-tiba. Tangan kanannya mula memicit belakang leher. Wajahnya kulihat sedikit demi sedikit memerah. Aku menahan tawa dalam hati. Alahai, tengah malu-malu ke cik abangku sayang? Comelnya dia.
“Memang apa?” Sengaja aku menyoal. Kening kuangkat tinggi. Nakal!
Rifqi mengecilkan matanya, menundukkan kepala hingga dahinya menyentuh dahiku. “Ini tengah sakat abang ek?”
Aku tersenyum lebar, membalas pandangan matanya yang dekat benar.
“Tak adalah tengah sakat. Hanis tanya betul ni.”
“Betul nak tahu?” soal Rifqi, dengan dahi yang masih setia melekat pada dahiku. Sudah seperti kembar siam!
“Betul. 100% betul.” Aku menjawab, penuh bersemangat.
Rifqi mendiamkan diri. Hanya matanya yang merenung mataku. Lama. Terkebil-kebil aku cuba membalas. Jantungku mulalah berkocak hebat. Aduh, lemah semangat tengok renungan maut dia.
“Abang memang jatuh hati pada Hanis, waktu pertama kali kita jumpa.” Tenang, gemersik dan lembut suara Rifqi menjamah telinga. Kemudian dia mengangkat kembali kepalanya dan menyandar pada kabinet dapur.
Aku terkaku. Diam tanpa reaksi. Jatuh hati waktu pertama kali jumpa?
“Betul?” soalku akhirnya. Perlahan.
Rifqi menggigit bibir. “Err…abang tipu.”
Dapat kurasakan mulutku yang mula melopong. Dia tipu? Maksudnya dia tak jatuh hati pada akulah?
“Isy, janganlah terkejut macam tu sekali. Masuk lalat dalam mulut tu nanti.” Selamba Rifqi bersuara, dengan sengihan di bibir.
“Abang ni!” Aku terjerit.
“Hei, janganlah sedih macam tu sekali. Isy, sayang sangat dengan abang rupanya isteri abang seorang ni,” sakat Rifqi lagi. Tangannya mula menarik aku ke arahnya. Mahu tak mahu, aku mengikut dengan muka yang sengaja dikelatkan.
Lembut Rifqi memegang pipiku.
“Abang tak tahu bila masanya abang jatuh hati pada Hanis. Maybe waktu Hanis tunjukkan pamphlet tu, maybe waktu Hanis pegang hujung baju abang or maybe waktu Hanis menjerit tiba-tiba tu…”
Menyerbu rasa malu ke pipiku. Isy, part aku menjerit dan pegang hujung baju tu jugalah yang dia ingat. Malulah!
“Tapi, yang pastinya…waktu Hanis tengok abang masa Hanis tarik baju abang tu, hati abang mula rasa lain macam. Sebab tulah, abang dengan selambanya boleh ajak Hanis kahwin. Memang terkeluar terus perkataan kahwin dari mulut abang.”
Aku tersenyum manis. Hangat sungguh hatiku dengan pengakuannya. Jadi keputusannya itu memang bukan kerana ibu bapanya semata-mata, tetapi kerana hatinya juga.
“Abang tahu Hanis rasa terkejut, mesti rasa abang ni gila, kan?”
Pantas aku mengangguk. “Memang betul pun.”
Terlopong mulut Rifqi sebelum akhirnya menjatuhkan tangannya yang sedari memegang pipiku. Kemudian dia menarik hidungku.
“Perlu ke setuju tadi?”
Aku tergelak sambil menggosok hidungku. Rifqi ni sesuka hati je tarik hidung aku!
“Tapi, kenapa Hanis setuju?”
Tersentak aku dengan soalannya yang tiba-tiba. Tergamam buat seketika. Yalah, kenapa ya aku boleh bersetuju? Takkanlah hanya kerana aku mahu belajar macam mana nak buat coklat deripadanya? Ah, mustahil! Aku bukan jenis yang akan memperjudikan nasibku, menyerahkan diriku pada seorang lelaki hanya kerana sebab sebegitu.
“Kenapa?” Rifqi menyoal lagi. Lembut.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum akhirnya mendekati suamiku dan mengambil tempat di sebelahnya. Sama-sama menyandar pada kabinet dapur. Perlahan aku memeluk lengan Rifqi dan menjatuhkan kepalaku ke sisi bahunya.
“Eh, nak bermanja pula dia.”
Tersenyum aku mendengarkan komen Rifqi. Namun aku tidak mempedulikannya sebaliknya aku mula besuara perlahan. “Entahlah, Hanis sendiri pun tak tahu kenapa Hanis boleh setuju macam tu aje, sedangkan sebelum ni…kalau ada yang cakap macam tu, confirm kena penampar siam Hanis…”
Jelas kedengaran di telingaku bunyi Rifqi yang tergelak kecil. Aku melebarkan senyum. Suamiku ini suka sangat gelakkan aku. Lucu sangat ke aku ni?
“Tapi maybe apa yang abang cakap tu buat hati Hanis macam tak mampu tolak abang,” sambungku lagi.
“Apa yang abang cakap?”
Aku mengangguk. “Yang mungkin Hanis adalah jodoh yang Allah hantar pada abang. Masa tu elok-elok aje Hanis nak marah abang, boleh terus diam.”
Rifqi menoleh tiba-tiba.
“Oooo, masa tu ada hati jugalah nak bagi penampar siam kat abang ya?”
Aku tersengih. “Opps..”
Meledak tawa Rifqi.
“Isteri abang ni…ganasnya dia!” jerit Rifqi di sebalik sisa tawanya.
Pantas aku menyiku perut Rifqi. “Abang!!”
Lagi kuat pula ketawa Rifqi, seolah-olah tindakanku menyikunya tiada kesan langsung. Tidak sakitkah wahai suamiku?
“Thanks tau, sebab setuju masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa abang patut buat.” Rifqi bersuara setelah tawanya mati.
“Abang kenalah tackle Hanis. Buat macam orang lain buat tu…” Aku menjawab selamba.
“Eh, tak naklah!” balas Rifqi pula.
Aku mendongak ke arahnya dengan kerutan di dahi.
“Kenapa tak nak?” Aku menyoal bersama nada tidak puas hati. Yalah, cakap suka kat aku…kenapa pula tak nak cuba mendekati aku? Mengurat aku?
Rifqi mengerling sekilas padaku dan dengan lagak penuh selamba, dia menjawab. “Tackle macam tu tak best.”
“Kenapa tak best?” soalku kembali. Masih sedikit geram padanya.
Tidak semena-mena Rifqi meraih aku ke dalam pelukannya, membawa aku rapat kepadanya.
“Apa yang bestnya cuba mengurat perempuan yang tak halal bagi abang? Abang tak boleh buat apa-apa pun pada dia…” bisik Rifqi di hujung telingaku.
Menyerbu darah panas ke pipiku. Rifqi ni kan…
“Abang tak boleh sentuh dia….abang tak boleh…”
“Abang! Dah, jangan cakap apa-apa lagi,” sampukku seraya menampar dadanya. Dia ni, kalau tak dihalang, entah apa yang akan keluar dari mulut tu.
Rifqi meleraikan pelukan tiba-tiba, namun kedua-dua tangannya masih setia melekat di sisiku.
“Betul apa bang cakap ni, kan? Kalau tackle Hanis masa tu, abang tak boleh buat macam ni…”
Dan perlahan dia mengucup pipiku lembut. Aku terkedu buat seketika sebelum akhirnya menguntum senyuman di bibirku. Alahai, sweet sungguh suamiku yang seorang ini. Manis sekali! Manis macam coklat yang biasa dia hasilkan.
Tetapi….manis lagi cintanya padaku!
*******
Kata Sara Aisha: Cinta itu adalah suatu perasaan yang unik, yang merupakan anugerah daripada Allah buat kita, manusia biasa. Dia boleh menitipkan rasa cinta itu ke dalam hati kita cuma dalam masa sesaat saja. Ya, cuma sesaat!
Dan kalau Dia mengatakan bahawa cinta itu takkan ada dalam hati, walau sepuluh tahun sekali pun kita mengenali seseorang itu, takkan mungkin kita akan jatuh cinta padanya.